minergate

I'm mining on MinerGate - the best cryptonote mining pool

Ahad, 10 Jun 2012

Pemasaran Viral Menggunakan Forum

Terdapat beberapa jenis forum di Internet dan yang paling biasa dianggap sebagai forum perbincangan terbuka ialah yang mengandungi 'pemasaran' dan 'special interest'. 






Terdapat juga forum yang berasaskan perniagaan dan profesional yang tidak nenggunakan peraturan yang biasa digunakan oleh forum-forum yang lain, ini termasuklah larangan membuat promosi dan pengiklanan. Terutama sekali jika forum yang diasaskan itu bertujuan untuk memberi bantuan (support) kepada para pengguna sesebuah produk atau servis, sebarang promosi diri dan bisnes adalah dilarang sama sekali. 


Begitu pun, untuk berjaya melakukan promosi di forum adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai. Apa yang penting ialah anda berjaya membina kredibiliti dan reputasi yang baik serta menjaga hubungan yang positif sesama ahli forum. Walaupun promosi dan pengiklanan melalui forum adalah percuma, anda masih perlu membuat pelaburan iaitu pelaburan masa dan tenaga. 


Untuk berjaya melakukan pemasaran di mana-mana forum, perkara pertama yang harus dilakukan ialah memburu 'personal interest' untuk topik utama di sesebuah forum tersebut. Ini bermakna meningkatkan kekerapan mengunjungi forum tersebut dan mempunyai hubungan yang baik dengan ahli-ahli dan moderator di sana. Ini juga bermakna anda harus aktif mengambil bahagian dalam sesuatu perbincangan dan kerap membantu mereka yang mempunyai masalah atau soalan. Melalui cara ini anda akan dapat membina reputasi dan secara automatik bisnes anda juga akan mula berjalan kerana orang ramai secara semulajadi suka berurusan dengan orang yang mereka kenal.






Oleh kerana tujuan utama forum ialah untuk bertukar pendapat dan maklumat, para IM mestilah mematuhi dan mengikuti objektif tersebut. Forum-forum pemasaran yang menjadi tumpuan para pemilik bisnes internet membuat promosi dan pengiklanan, juga mempunyai peraturan-peraturan tegas yang mesti dipatuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana komen di blog saya