minergate

I'm mining on MinerGate - the best cryptonote mining pool

Jumaat, 8 Jun 2012

FORUM

Salah satu forum Pemasaran Internet yang telah lama wujud dan bertahan sehingga kini ialah 'Warrior Forum' (http://www.warriorforum.com/). Kami ada berita baik dan berita kurang baik tentang forum tersebut. Berita baiknya ialah ia sememangnya tempat di mana anda boleh bertanyakan soalan-soalan tentang perniagaan Internet dan boleh dikatakan anda pasti akan mendapat jawapannya. Ia juga merupakan satu tempat yang baik untuk mempromosi produk baru anda kerana ia mempunyai satu ruang yang dipanggil 'Warrior Forum Special Offers'. Selain itu, anda juga boleh menghebohkan tentang produk anda yang bakal dijual di situ dan mendapatkan respon dari ahli-ahli forum tersebut.

Credit kepada  http://www.warriorforum.com/   
Berita kurang baik tentang Warrior Forum pula ialah, oleh kerana sifat semulajadi Pemasaran Internet terpaksa bergaul dengan 'spam', maka kerap kali terjadi para ahli forum tersebut seolah-olah ingin menjadikan sesuatu thread itu sebagai 'pasar'. Mereka berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang mengakibatkan kualiti perbincangan di thread tersebut menurun. Maka mereka yang mempunyai kuasa di forum tersebut (moderator dan sebagainya) akan memeriksa setiap posting anda. Jika didapati anda telah melakukan promosi produk anda di luar dari ruangan Warrior Forum Special Offer, maka keseluruhan thread termasuklah posting anda akan ditutup atau dipadamkan.


Satu perkara yang anda harus faham ialah, dalam memberikan pendapat atau respon terhadap sesuatu produk, ada ahli-ahli yang berlebih-lebih atau melampau dalam melakukannya. Samada dalam memberikan pandangan positif atau negatif. Bagaimanapun, Warrior Forum tetap merupakan tempat yang terbaik untuk mencari rakan kongsi atau untuk mempelajari sesuatu perkara baru dalam bidang perniagaan internet. 

Kandungan Dalam Forum Warrior
Ingin Tahu tentang Forum.....antaranya

1)  Forum Equalizer.(klik sini)

2)  Warrior Special Offer.(klik sini)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana komen di blog saya